Jet perang tentera Zionis serang Gaza

GAZA, 2 Julai 2016 (PIP) — Jet perang tentera Zionis melancarkan serangan udara ke beberapa lokasi di Gaza pagi tadi. Tiada kecederaan dilaporkan.

Serangan pada mulanya dilakukan ke arah dua buah berek pejuang Briged al-Qassam, yang dinamakan Badr dan Abu Jarad. Pos kawalan al-Qassan Abu Jarad turut menjadi sasaran.

Sebuah bengkel besi di perkampungan Zaitun di timur Kota Gaza juga diserang sehingga rosak teruk.

Tentera Zionis juga menyasarkan serangan ke pos Ashkelon dan Hithin di Beit Lahiya, utara Gaza. Serangan roket juga berlaku di beberapa buah bangunan berdekatan sebuah sekolah pertanian di perkampungan Beit Hanoun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts