Jet Perang Zionis Bom Selatan Gaza

GAZA, 4 Jan 2018 — Jet-jet perang tentera Zionis mengebom kawasan pertanian di bandar Rafah yang terletak di selatan wilayah Gaza malam tadi.

Sekurang-kurangnya empat peluru berpandu dilancarkan ke kawasan antara bandar Sufa dan ash-Shawka, di timur Rafah. Kira-kira lima minit kemudian, tentera Zionis menyasarkan kawasan Abul-Husain di timur laut Rafah.

Beberapa butir bom yang tidak meletup ditemui di kawasan Abul-Husain, dan pihak keselamatan Gaza melarang penduduk mendekati kawasan tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan, namun serangan-serangan tersebut menyebabkan kerosakan harta termasuk rumah.

(PIC, Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts