GAZA, 16 Mei 2018 — Jet-jet perang tentera udara Zionis melancarkan serangan ke beberapa lokasi yang didakwa sebagai pengkalan kumpulan mujahidin malam tadi.

Sebanyak tiga roket disasarkan ke “kem Asqalan” milik Briged Ezzedeen al-Qassam di Beit Lahiya, utara Gaza, menyebabkan kerosakan harta termasuk rumah-rumah berdekatan.

Dua lagi serangan roket menyasarkan kawasan al-Safina di barat wilayah Gaza yang terkepung.

Seorang pemuda dilaporkan cedera dalam serangan di utara Gaza. Beliau dikejarkan ke Hospital Indonesia di Beit Lahiya.

(IMEMC, PIC)

SHARE