Jet perang Zionis serang kawasan tengah Gaza

GAZA, 7 Mac 2019 — Jet dan dron perang tentera penjajah Zionis menyerang beberapa lokasi di sekitar pelabuhan barat Khan Younis sepanjang malam dan awal pagi tadi.

Pesawat dron melepaskan tembakan roket ke kawasan yang didakwa sebagai pengkalan Badr milik Hamas, sebelum jet-jet perang menyusul dengan satu lagi serangan roket. Letupan kuat kedengaran, namun tidak kecederaan dilaporkan.

Setengah jam kemudian, jet perang Zionis melancarkan dua lagi serangan di tempat yang sama, menyebabkan penduduk panik.

Kenyataan tentera Zionis mendakwa serangan tersebut adalah tindak balas ke atas penduduk Palestin yang menerbangkan belon api ke kawasan penempatan haram Yahudi di sekitar sempadan.

Jet-jet Zionis menyerang beberapa lokasi yang didakwa sebagai pengkalan mujahidin Gaza sejak empat hari lalu.

Siren kecemasan dibunyikan di penempatan haram Eshkol malam tadi, selepas dua roket ditembak dari Gaza. Rejim Zionis mendakwa sistem pertahanan Iron Dome telah berjaya memintas roket-roket tersebut.

(PIC, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts