Jihad Islami bina menara pemerhati di sempadan Gaza

GAZA, 20 Okt 2016 (Maan) — Pergerakan Jihad Islami semalam mengumumkan bahawa mereka telah berjaya membina sebuah menara pemerhati di kawasan al-Farahin, yang terletak 300 meter dari sempadan Gaza di Khan Younis.

Menara setinggi 16 meter itu dapat memberi pandangan sehingga ke kawasan tanah tinggi al-Khalil di Tebing Barat.

Abu Khalid, pemimpin sayap tentera Jihad Islami, Briged al-Quds, dalam kenyataannya menyebut menara tersebut akan menanam semangat perjuangan generasi masa depan dan menunjukkan dukungan ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds, khususnya al-Khalil. “Ia mempamerkan kesatuan kebangsaan Palestin dan mesej bagi menentang penjajahan,” kata Abu Khalid.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts