JNF Kanada guna dana awam untuk bantu tentera Zionis

OTTAWA, 6 Jan 2019 — Canadian Broadcasting Corporation (CBC) mendedahkan bahawa pertubuhan Jewish National Fund (JNF) di Kanada sedang disiasat atas tuduhan menggunakan dana kutipan awam bagi membina infrastruktur tentera Zionis, sekaligus melanggar undang-undang percukaian negara itu.

Menurut CBC, JNF mendanai beberapa projek untuk rejim Zionis seperti menanam semula pokok-pokok di kawasan hutan yang terbakar serta membina infrastruktur untuk pengkalan tentera darat, udara dan laut. JNF juga menyumbang secara langsung kepada pembinaan pos penempatan haram di Tebing Barat.

Sebanyak 15 juta dolar sumbangan pelepasan cukai disalurkan bagi membina projek perdana JNF yang digelar “Taman Kanada” beserta sebuah penempatan haram Yahudi yang baharu. Ia dibina di atas tanah tiga buah perkampungan Palestin yang dirampas oleh tentera Zionis dan dihapuskan pada tahun 1967.

Mereka turut bekerjasama dalam membina sebuah kota di Gurun Naqab sebagai sebuah pengkalan latihan tentera Zionis, serta membina sebuah kompleks latihan untuk tentera laut Zionis, Bat Galim.

Pada tahun 2014, JNF telah menganjurkan satu majlis makan malam bagi mengutip dana untuk membina tiga kawasan di pengkalan tentera Zionis Tse’elim di Gurun Naqab, iaitu kemudahan latihan tentera Zionis yang terbesar, dan juga sebuah pusat latihan kebangsaan tentera darat.

JNF juga mendanai pembinaan jalan di sepanjang sempadan Lubnan dan Gaza, sekaligus meningkatkan aktiviti ketenteraan di kawasan sempadan.

Undang-undang Kanada melarang dana sumbangan awam digunakan untuk membantu tentera asing.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts