Jumlah korban GRM ke-31 meningkat kepada 6 orang

GAZA, 28 Okt 2018 — Pemuda Palestin Yahya Bader al-Hasanat meninggal dunia awal hari ini akibat kecederaan diserang oleh tentera Zionis ketika menyertai perhimpunan Great Return March (GRM) di timur sempadan Gaza Jumaat lalu.

Yahya, 37, yang cedera ditembak di bahagian kepala telah dikejarkan ke Hospital al-Shifa namun meninggal dunia tidak lama selepas itu. Ini menjadikan jumlah korban pada hari Jumaat ke-31 kempen GRM seramai enam orang.

Jumaat lalu, empat penduduk orang terbunuh iaitu Mohammed Abdulnabi, 27, Nassar Abu Taim, 19, Ahmad Abu Lebda, 22, dan Ayesh Shaat, 23.

Sementara 85 orang lagi tercedera akibat tembakan peluru hidup dan serangan gas pemedih mata.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts