Jurutera Zionis dedah penggalian rahsia di bawah Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 10 Okt 2018 — Timbalan Ketua Pergerakan Islam di Wilayah Palestin 1948 yang terjajah, Kamal al-Khatib, menyiarkan gambar-gambar yang memaparkan kerosakan di bawah tapak Masjid al-Aqsa akibat kerja-kerja penggalian rahsia yang dijalankan oleh rejim Zionis.

Gambar-gambar tersebut asalnya dihantar secara langsung oleh seorang jurutera Zionis kepada kawan-kawannya, sebagai menzahirkan kebanggaan atas pencapaian beliau dalam kerja-kerja penggalian di bawah dan sekitar al-Aqsa.

Penggalian yang dibuat secara rahsia itu bertujuan untuk meluaskan kawasan Tembok Ratapan. Paip-paip moden yang dipasang di lokasi terbabit menujukkan bahawa penggalian tersebut adalah satu projek baharu.

Sejak tahun 1967, rejim Zionis melakukan penggalian secara terang-terangan mahupun rahsia bagi mengesan kesan sejarah apa yang mereka dakwa sebagai Kuil Sulaiman.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts