Kabinet Zionis ambil langkah punitif susulan serangan langgar

AL-QUDS, 9 Jan 2017 (PIC) — Kabinet keselamatan Zionis semalam meluluskan langkah punitif ke atas penduduk Palestin sebagai tindak balas ke atas serangan rempuhan lori di al-Quds.

Pihak rejim akan mengepung seluruh kawasan kejiranan Jabal al-Mukabber, meroboh rumah keluarga Fadi al-Qanbar secepat mungkin, dan tidak menyerahkan jenazah kepada keluarga beliau.

Arahan serta-merta dikeluarkan supaya pihak keselamatan menahan dan menyiasat sesiapa sahaja yang memuji atau meraikan serangan tersebut. Pihak keselamata juga dibenarkan menahan mereka yang menyokong ISIS di bawah tanahan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan, kononnya kerana Fadi al-Qanbar sendiri menyokong ISIS.

Semalam, tentera Zionis menutup semua laluan ke Jabal al-Mukabber dan menahan sembilan penduduk Palestin termasuk lima ahli keluarga al-Qanbar bersama kedua ibubapa Fadi, Ahmad dan Munawah, isteri dan 12 orang saudara perempuan beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts