Kabinet Zionis larang pembinaan rumah untuk penduduk Palestin di Qalqiliya

BEIT LAHM, 13 Julai 2017 (Maan) — Kabinet keselamatan rejim Zionis semalam mengundi untuk melarang rancangan pembinaan 5,000 buah rumah untuk penduduk Palestin di Qalqiliya, seminggu selepas pemimpin Zionis mengecam rancangan pembinaan tersebut.

Kabinet tersebut turut mendesak Peguan Negara Zionis, Avichai Mandelblit, supaya mengeluarkan ketetapan bagaimana pihak tentera dan pentadbiran awam Zionis dibahagikan kuasa untuk mengawal Kawasan C, iaitu kawasan seluas 60% Tebing Barat.

Akhir 2016 lalu, kabinet keselamatan Zionis memutuskan untuk meluaskan lagi wilayah perbandaran Qalqiliya sehingga ke dalam Kawasan C, di mana penduduk Palestin dilarang sama sekali membina bangunan atau mengusahakan kawasan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts