Kadar kemiskinan di Gaza meningkat kepada 80%

ISTANBUL, 17 Mei 2016 (PIC) — Pendapatan nasional di Gaza menurun sehingga separuh, dalam keadaan kadar pengangguran dan kemiskinan masing-masing meningkat kepada 50 dan 80 peratus.

Pertubuhan kemanusiaan Turki, IHH Humanitarian Relief Foundation, dalam kenyataan media semalam menyebut bahawa penduduk Gaza tinggal di dalam sebuah penjara terbuka akibat sekatan oleh rejim Zionis.

“Sekatan Zionis tidak hanya memusnahkan struktur ekonomi dan politik Gaza, tetapi juga memusnahkan budaya sosial masyarakatnya,” kata ketua IHH, Fehmi Yildirim.

Lebih 100,000 penduduk Gaza tidak mempunyai tempat berteduh dan terpaksa menumpang saudara-mara, akibat serangan tentera Zionis yang berulang-ulang.

80% penduduk Gaza bergantung kepada bantuan kemanusiaan dan 44% daripada mereka tidak mendapat jaminan bekalan makanan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts