Kadar pengangguran di Gaza cecah 60%

GAZA, 25 Apr 2016 (MEMO) — Enam puluh peratus penduduk Gaza kini terpaksa menganggur, sementara 70 peratus daripada mereka hidup di bawah paras kemiskinian.

Setiausaha Agung General Gagasan Kesatuan Sekerja Palestin di Gaza (GFPTU), Sami al-Amassi, dalam kenyataannya menyebut bahawa pekerja Palestin terpaksa hidup dalam penderitaan yang bertambah-tambah akibat sekatan yang dikenakan oleh penjajah Zionis, di mana semua pintu lintasan sempadan ditutup dan bahan binaan tidak boleh dibawa masuk.

“Pekerja Palestin di Gaza berhadapan dengan realiti hidup yang paling dahsyat sejak 10 tahun,” kata beliau. Beliau mendesak pihak berkuasa Mesir membenarkan kemasukan barangan keperluan asas, di samping menyeru negara-negara Arab dan PBB memberi tekanan kepada rejim Zionis supaya menghentikan sekatan zalim ke atas penduduk Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts