Kadar peningkatan pendatang lebih tinggi daripada pertumbuhan penduduk Yahudi

BAITULMAQDIS, 24 Jun 2019 — Setiausaha Agung Majlis Islam-Kristian bagi Baitulmaqdis hari ini mengumumkan bahawa bilangan penempatan haram Yahudi dalam wilayah Palestin yang terjajah kini mencecah 503, di mana 474 buah terletak di Tebing Barat dan 29 lagi di Baitulmaqdis Timur.

Beliau turut menyatakan bahawa bilangan pendatang haram Yahudi di kawasan terbabit kini melebihi sejuta orang, menunjukkan peningkatan bilangan pendatang meningkat jauh lebih ketara berbanding dengan kadar pertumbuhan penduduk Yahudi tempatan.

Artikel 49 Konvensyen Geneva Keempat mengharamkan pihak penjajah menempatkan rakyat mereka ke kawasan yang dijajah. Manakala Konvensyen Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) 1998 menetapkan pihak penjajah sebagai bersalah melakukan jenayah perang sekiranya memindahkan penduduk ke kawasan yang dijajah.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts