Kajian Universiti Israel: Jaringan Dakwah Menjadi Tunjang Kekuatan HAMAS

imyordanSatu kajian yang di buat oleh Israel yang disiapkan oleh Institute Jaffa dari University of Tel Aviv telah membuat satu kesimpulan bahawa sistem gerakan dakwah adalah faktor strategik politik paling penting bagi gerakan Hamas.

Kajian itu menunjukkan bahawa Hamas mengaktifkan infrastruktur dakwahnya melalui pelbagai lembaga-lembaga dakwah umum di Tebing Barat dan Jalur Gaza. Demikian seperti disebutkan Akhbar El-Quds Al-Arabiy(30/11).

Kajian itu juga melaporkan bahawa lembaga-lembaga ini mendukung perlawanan dan memberikan bantuan kepada mujahidin dan keluarga mereka, keluarga para syuhada dan tahanan serta mereka yang termasuk dalam daftar buruan Israel dan mereka yang tercedera.

Dinyatakan juga bahawa sistem dakwah itu juga melibatkan seruan melalui khutbah dan mendorong perlawanan serta pengukuhan keimanan Islam di kalangan generasi muda, melalui pengaktifan institusi pendidikan  dan melalui masjid yang membentuk benteng-benteng kekuasaan Hamas.

Kajian itu menegaskan, Hamas di Jalur Gaza menjalankan kaderisasi secara massif yang membentuk gerakan dakwah yang secara tradisional telah digunakan untuk mengangkat dan memperluaskan pengaruh politik dan ideologi Hamas.

Lebih jauh lagi kajian itu menambahkan bahawa sistem dakwah itu telah mengakar di kalangan penduduk dan beroperasi di bawah pengurusan khusus yang dibentuk untuk kepentingan Hamas sebagai jaringaan pengaman sosial, yang pada saat yang sama berusaha untuk memperluas dan mengembangkan populariti dan dukungan politik kepada pemerintah Hamas.

Kajian itu menunjukan bahawa model tersebut amat berbeza sepenuhnya dengan kegiatan di Tebing Barat, di mana infrastruktur Hamas di Tebing Barat lebih berfokus sebagai Pemerintah Berkuasa Palestin yang sekarang dipimpin oleh Ismail Haneeya.

Dalam kajian itu juga menunjukkan kutipan-kutipan zakat telah menjadi tulang belakang utama dalam infrastruktur Hamas, dan yang paling ketara adalah lembaga zakat Ishlaah, Majma Islami dan Jamiyyah Falaah.

Dijelaskan bahawa lembaga-lembaga zakat Hamas tersebut telah mengaktifkan pelbagai kegiatan sosial, kesihatan, pendidikan dan keagamaan, serta layanan kepada masyarakat secara yang lebih sistematik. Lembaga zakat Hamas ini juga didapati mendapat donongan dari sumbangan dan dana yang besar dari suluruh dunia melalui hebahan di laman sesawang internet.(milyas/mi)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts