Kanak-kanak cedera ditembak oleh tentera Zionis

RAMALLAH, 19 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menembak seorang kanak-kanak berumur 13 tahun di perkampungan Janniyah di barat Ramallah malam tadi.

Mangsa ditembak dengan peluru hidup ketika berdiri di balkoni rumahnya, semasa pasukan tentera Zionis menyerbu masuk perkampungan untuk menyerang kumpulan penunjuk perasaan.

Beliau dikejarkan ke Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts