Kanak-kanak Gaza tunggu kebenaran keluar untuk mendapatkan rawatan sejak 2015

GAZA, 19 Apr 2017 (WAFA) — Laporan bulanan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) yang diterbitkan hari ini mendedahkan kes seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang menanggung masalah jantung berlubang, Rodina Abu Khrais, terpaksa menunggu sejak tahun 2015 untuk mendapatkan kebenaran rejim Zionis supaya dibenarkan melintas pintu sempadan Beit Hanoun untuk mendapatkan rawatan.

Selepas dilahirkan pada tahun 2013, Rodina telah menjalani pembedahan jantung di Hospital Tel Hashomer dan diikuti dengan tiga kali rawatan susulan. Salah satu rawatan susulan tersebut perlu berada di hospital selama sebulan.

Sejak Julai 2015, keluarganya telah membuat 10 kali permohonan untuk mendapatkan kebenaran melintas sempadan dan pergi ke hospital untuk menjalani satu lagi pembedahan jantung. Mereka turut membuat rayuan melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dan dua pertubuhan kemanusiaan lain, tapi masih gagal mendapatkan kebenaran.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa 40% pesakit Gaza yang membuat permohonan untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza tidak dibenarkan keluar dari wilayah yang terkepung itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts