RAMALLAH, 4 Apr 2019 — Kanak-kanak Palestin yang dilaporkan hilang sejak hari Selasa lalu akhirnya ditemui dalam penjara Zionis di Ofer.

Tentera Zionis mencuik Ramez Tamimi, 14, dari pekampungan Dir Nitham di utara Ramallah. Keluarga beliau mahupun Pesatuan Palang Merah atau Pejabat Koordinasi Daerah tidak diberi sebarang makluman tentang penahanannya.

Keluarga Ramez mula mencari beliau Selasa lalu, dengan menghubungi pihak polis, Pejabat Koordinasi Daerah Palestin dan beberapa jabatan lain.

Hanya selepas sehari kemudian tentera Zionis memaklumkan keluarganya bahawa Ramez dikurung dalam penjara, atas tuduhan “terlibat dalam kumpulan kanak-kanak membaling batu ke arah jip tentera dan kenderaan pendatang Yahudi.”

Walaupun masih kanak-kanak, Ramez pernah dipenjara dua tahun lalu selepas ditangkap ketika tentera Zionis menyerbu masuk sebuah masjid di Dir Nitham.

(IMEMC)

SHARE