Kanak-Kanak Lapan Tahun Diculik Tentera Zionis

AL-KHALIL, 25 Nov 2015 (IMEMC) — Tentera Zionis semalam menculik seorang kanak-kanak Palestin berumur lapan tahun dari bandar Beit Umar di Al-Khalil dan membawa beliau ke kem tentera Gush Etzion.

Pasukan tentera menyerang dan menggeledah rumah Yousef Ahmad Mahmoud al-‘Allami, 8 tahun, sebelum menculik beliau dan dibawa ke laluanmasuk utama bandar tersebut dan dibiarkan selama lebih dua jam dalam keadaan sejuk sambil bertiarap di atas tanah, dan digari serta ditutup mata.

Beliau beberapa kali ditendang dan dipaksa terbaring di atas tanah. Ibubapa Yousef dihalang daripada mendekati beliau.

Beliau kemudiannya di bawa ke kem tentera Gush Etzion, di mana tentera tidak membenarkan keluarganya mengiringi kanak-kanak itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts