Kanak-kanak Palestin cedera ditembak di leher

NABLUS, 24 Jan 2018 — Kanak-kanak Palestin Muhy al-Din Salah, 15, cedera ditembak dengan peluru hidup di bahagian lehernya oleh tentera Zionis di kawasan al-Hode, iaitu laluan masuk ke barat bandar Burqah dalam wilayah Nablus.

Mangsa ditembak ketika tentera menyerang sekumpulan penduduk Palestin yang mengadakan perhimpunan di laluan masuk Burqah.

Beliau dikejarkan ke Hospital Rafidiya dalam keadaan parah.

(PIC, IMEMC, WAFA)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts