AL-QUDS, 9 Julai 2017 (PIC) — Kanak-kanak Palestin Nur Aiman Mustafa, 12, cedera ditembak oleh tentera Zionis berdekatan rumahnya di perkampungan Isawiyah di al-Quds Timur.
Petang semalam, tentera Zionis menyerbu Isawiyah dan menyerang rumah-rumah penduduk dengan tembakan bom pelali dan peluru getah. Pertempuran sengit tercetus, menyebabkan seorang kanak-kanak Aimn Mustafa terkena tembakan tepat di mukanya. Beliau dikejarkan ke Hospital Hadasa dalam keadaan cedera di bahagian mata kiri dan hidung.