BAITULMAQDIS, 24 Jan 2019 — Mahkamah Pusat Zionis di Baitulmaqdis hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dan denda sebanyak US$410 ke atas kanak-kanak Palestin Ameer Awad, 17, atas tuduhan membaling bom Molotov ke arah kenderaan peronda tentera Zionis.

Pihak berkuasa Zionis mendakwa kelibat Ameer dilihat dalam rakaman kamera keselamatan yang dipasang di bandar al-Tur di timurBaitulmaqdis, di mana beliau kononnya sedang membaling bom Molotov.

Ameer dikurung dalam tahanan polis Zionis sejak enam bulan lalu.

(PIC)

SHARE