Kanak-kanak Palestin dihukum penjara 8 bulan

AL-QUDS, 20 Julai 2016 (PIC) — Mahkamah Pusat Zionis menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan ke atas kanak-kanak Adham Zaatari, 14, atas sabit kesalahan membaling batu.

Beliau kini ditahan dalam penjara Megiddo setelah dipindahkan dari sebuah pusat pemulihan.

Adham juga dikenakan pertuduhan baharu iaitu menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah pendatang Yahudi dan menyerang keluarga Yahudi tersebut dengan semburan lada pemedih mata. Perbicaraan atas tuduhan baharu ini akan diadakan pada 27 September.

Adham pernah ditangkap sebanyak empat kali, di mana kali terakhir adalah pada bulan November 2015 dalam pertempuran di bandar al-Ram di utara al-Quds.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts