Kanak-kanak Palestin ditangkap atas tuduhan cuba menikam askar Zionis

AL-KHALIL, 23 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap kanak-kanak Wadi Abu Turki, 17, atas tuduhan cuba menikam seorang askar berdekatan Masjid Ibrahimi tengahari tadi.

Wadi dikatakan enggan membenarkan pasukan tentera Zionis menyiasat beliau ketika melintas sekatan tentera berdekatan Masjid Ibrahimi. Apabila beliau melalui alat pengesan logam, tentera Zionis mengesan sebilah pisau dan memaksa beliau diperiksa.

Beliau ditangkap sejurus selepas itu.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts