Kanak-kanak Palestin ditangkap di mahkamah

JENIN, 7 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menangkap kanak-kanak Omar al-Shami, 14, di pintu masuk ke mahkamah tentera di Salem, utara Jenin.

Pihak tentera menutup mahkamah selepas menangkap Omar serta menahan semua yang berada dalam mahkamah tersebut, termasuk ahli keluarga tahanan dan peguam-peguam.

Tentera Zionis mendakwa Omar membawa sebutir bom, dan pakar letupan dikejarkan ke tempat kejadian. Tiada kecederaan dilaporkan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts