AL-KHALIL, 13 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menangkap seorang kanak-kanak Palestin ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kota Lama al-Khalil tengahari tadi.

Ketika berjalan keluar dari sekolah, kanak-kanak tersebut diserang secara ganas oleh segerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram berdekatan. Beliau cuba pertahan diri, namun pihak tentera Zionis masuk campur dan menangkapnya.

Kanak-kanak tersebut dilarikan ke tempat yang tidak diketahui.

(Sumber: PIC)

SHARE