Kanak-kanak Palestin ditembak dalam latihan tentera Zionis

TUBAS, 10 Jan 2018 — Tentera Zionis menembak seorang kanak-kanak Palestin dengan peluru hidup di bahagian kepalanya, ketika mengadakan latihan berdekatan Tubas di timur laut Tebing Barat.

Kanak-kanak berumur tiga tahun itu dikejarkan ke Hospital Turki Tubas dan kini berada dalam keadaan stabil di unit rawatan rapi.

Tentera sering mengadakan latihan berdekatan kawasan penduduk Palestin terutamanya di Tubas, Lembah Jordan dan al-Khalil. Mereka mengunakan peluru hidup dan bahan letupan, yang sering ditinggalkan selepas tamat latihan dan menyebabkan kecedaraan ke atas keluarga Palestin.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts