Kanak-Kanak Palestin Kembali Ke Sekolah

RAMALLAH, 23 Ogos 2015 (Maan) — Sekitar 1.2 juta kanak-kanak Palestin akan memulakan sesi persekolahan baharu esok.

Kementerian Pendidikan Palestin dalam kenyataannya menyebut bahawa seramai 700,000 pelajar akan mengikuti sesi pengajian di Tebing Barat sementara 500,000 lagi di Gaza.

Daripada jumlah tersebut, 792,000 pelajar akan memasuki sekolah kerajaan, 295,000 ke sekolah kendalian UNRWA dan lebih 113,000 lagi ke sekolah swasta. Terdapat sebanyak 2,120 buah sekolah kerajaan, 350 buah sekolah kendalian UNRWA dan 450 buah sekolah swasta di seluruh wilayah Palestin.

Bagi pelarian Palestin, musim persekolahan baharu membawa berita gembira bagi mereka kerana beberapa minggu terdahulu UNRWA telah memberi amaran kemungkinan terpaksa menangguhkan sesi persekolahan kerana kekurangan dana. Bagaimanapun, Rabu lalu Agensi PBB tersebut membuat pengumuman bahawa mereka telah mendapat sumbangan baharu bagi menampung defisit perbelanjaan yang melebihi US$101 juta.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts