Kanak-kanak Palestin meninggal dunia selepas cedera ditembak 8 hari lalu

RAMALLAH, 23 Mei 2018 — Kanak-kanak Palestin Akram Odai Abu Khalil, 15, meninggal dunia malam tadi akibat kecederaan parah ditembak oleh tentera Zionis di laluan masuk utara kota al-Bireh, tengah Tebing Barat, lapan hari lalu.

Akram ditembak dengan peluru hidup di bahagian perutnya dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Palestin di Ramallah, sebelum dipindahkan ke Hospital Najah di kota Nablus.

Kanak-kanak dari perkampungan Ein Sinya di utara Ramallah itu berada dalam keadaan kritial dan tidak sedarkan diri sehinggalah beliau meninggal dunia.

Dengan insiden tersebut, seramai 118 orang penduduk Palestin termasuk 14 kanak-kanak telah meninggal dunia sejak bermulanya Great Return March 30 Mac lalu.

(IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts