Kanak-kanak pengsan diserang gas pemedih mata, 8 penduduk diculik

RAMALLAH, 7 Feb 2019 — Seorang kanak-kanak jatuh pengsan dalam operasi tentera penjajah Zionis menyerang dan menculik sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin dari Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Seorang kanak-kanak berumur lima tahun jatuh pengsan selepas sesak nafas apabila tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam rumah-rumah penduduk di perkampungan al-Lubban ash-Sharqiya, selatan Nablus.

Di Ramallah, beberapa orang pemuda Palestin diculik tidak lama selepas kenderaan peronda tentera menyerbu kota tersebut dan memecah masuk rumah-rumah penduduk.

Di samping itu, dua beradik diculik dari kem pelarian Fawar dan seorang lagi dari bandar Dura di al-Khalil. Manakala Emad Abu Samra diculik dari Yatta sementara kenderaannya dirampas.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts