Kanak-Kanak Perempuan 13 Tahun Dikenakan Tahanan Dalam Rumah

AL-QUDS, 3 Nov 2015 (PIC) — Rejim Penjajah Zionis menjatuhkan hukuman tahanan dalam rumah ke atas seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun sehingga Ahad depan dengan diikat jamin sebanyak 3,000 shekels (RM2,700).

Arahan untuk dibebaskan dengan ikat jamin dan tahanan dalam rumah dikeluarkan oleh mahkamah majistret Al-Quds ke atas Reem Mohammad Qanbar dari kawasan Bukit Scopus di tenggara Al-Quds lewat Isnin lalu.

Reem ditangkap lewat petang Isnin ketika beliau berada di sebuah pusat perubatan dan kemudian dipindahkan ke sebuah balai polis untuk disoal-siasat, sebelum dibawa untuk pengadilan di mahkamah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts