AL-KHALIL, 7 Mac 2018 — Tentera penjajah Zionis petang tadi menculik kanak-kanak perempuan Jamalat Abu Kbeita, 13, tidak lama selepas beliau dipukul secara ganas oleh seorang pendatang Yahudi di bandar Yatta, selatan al-Khalil.

Kanak-kanak tersebut dituduh cuba membuat serangan menikam, sedangkan para saksi mengesahkan mangsa sedang berada di kawasan kebun ayahnya.

Pendatang terbabit menyerang mangsa apabila bapanya menuju ke pejabat pihak berkuasa untuk memfail aduan terhadap pendatang Yahudi yang merampas tanahnya seluas lebih setengah hektar serta membawa ternakan meragut di kebunnya.

(PIC)

SHARE