BEIT LAHM, 28 Feb 2018 — Kanak-kanak perempuan dari Gaza Inaam al-Attar, 13, terpaksa menuju ke kota Ramallah di Tebing Barat berseorangan untuk menjalani rawatan kritikal pemindahan buah pinggang, apabila ibubapanya tidak berikan permit perjalanan oleh rejim Zionis.

Inaam tiba di Pusat Rawatan Ramallah dengan pakciknya, yang juga penderma buah pinggang kepada Inaam. Ketibaan mereka disambut oleh Gabenor Ramallah, Laila Ghannam.

Inaam al-Attar (kiri) bersama Gabenor Ramallah Laila Ghannam (kanan)

Inaam terpaksa keluar-masuk hospital di Gaza sejak dilahirkan. Dengan hanya satu-per-empat buah pinggangnya berfungsi, beliau terpaksa menunggu bartahun-tahun untuk mendapatkan penderma buah pinggang.

Laporan Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan seramai 54 penduduk Palestin, 46 daripada mereka adalah pesakit kanser, meninggal dunia pada tahun 2017 akibat tidak mendapat permit perjalanan atau terpaksa menangguhkan rawatan.

(Maan, MEMO, WAFA)

SHARE