Kanak-kanak pesakit leukimia dipenjara 3 bulan

RAMALLAH, 21 Feb 2017 (IMEMC) — Kanak-kanak Palestin Ahmad Kaddour, 15, semalam dijatuhkan hukuman penjara selama 91 hari dan denda sebanyak 3,000 shekel (RM3,620) atas tuduhan membaling batu ke arah tentra Zionis.

Ahmad yang berasal dari bandar Beitunia mengidap masalah epilepsi dan perlu mendapatkan rawatan pemantauan leukimia berterusan. Kesihatan beliau yang kini sedang dikurung dalam penjara Ofer semakin merosot.

Beliau dipenjara sejak 2 Januari, apabila ditangkap dan dipukul dengan senjata di sekatan tentera Ofer.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts