Kanak-kanak terpaksa panjat pagar Zionis untuk pulang ke rumah

AL-KHALIL, 28 Ogos 2018 — Tentera Zionis baru-baru ini memasang pagar bagi mengepung sebuah rumah keluarga Palestin di kota Al-Khalil.

Aktivis NGO Breaking the Silence, Achiya Schats, merakam video bagaimana seorang anak perempuan keluarga tersebut terpaksa memanjat pagar untuk pulang ke rumahnya, apabila tentera Zionis mengunci pintu pagar yang mengepung rumahnya.

Schatz menyiarkan video tersebut di laman Twitternya dengan keterangan “kanak-kanak perempuan cuba pulang ke rumah sepertimana anda semua, tetapi beliau dilahirkan di al-Khalil”.

(Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts