Kapal Bantuan Kemanusiaan “Maryam” Sedia Berlepas Ke Gaza

Samr Al Hajj, seorang aktivis kemanusiaan wanita Lubnan yang juga koordinator Persiapan Kapal Kemanusiaan Lubnan “Maryam,” mengumumkan bahawa kapal para aktivis wanita Lubnan akan bertolak dari Beirut itu akan membawa sukarelawan wanita, bantuan makanan dan perlengkapan perubatan ke Jalur Gaza, dalam rangka melanggar blokade Zionis terhadap wilayah tersebut.

Samr Al Hajj menjelaskan bahawa pasukannya telah selesai melakukan segala persiapan untuk bertolak yang akan memuat para aktivis wanita itu. Justeru itu kapal bantuan kemanusiaan tersebut diberi nama Maryam.

Dalam sesi taklimat bersama wartawan yang juga dihadiri oleh sejumlah wakil kedutaan-kedutaan besar mahupun konsulat negara-negara jiran dan para aktivis dari pertubuhan kemasyarakatan, Samr Al Hajj menyatakan bahawa kapal Maryam akan bertolak ke Gaza untuk menghentikan sekatan kezaliman ke atas rakyat Palestin di sana.

Samr Al Hajj juga mengatakan bahawa masih ada lagi peluang bagi para wanita yang ingin mengikuti kapal kemanusiaan tersebut. (av/ral/sao).

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts