Kapal bantuan kemanusiaan MV Finch ditembak tentera laut Israel

Isnin, 16 Mei — Tentera laut Israel telah menembak kapal MV Finch yang sedang belayar menuju ke Gaza sebagai amaran supaya tidak memasuki perairan wilayah yang disekat itu. Kapal Malaysia yang membawa misi bantuanĀ “The Spirit of Rachel Corrie Mission” tajaan Perdana Global Peace Foundation (PGPF) itu terpaksa berundur ke perairan Mesir dan kemudiannya berlabuh pada jarak 30 batu nautika daripada Gaza.

Menurut kenyataan wakil PGPF, Shamsul Azhar, kapal tersebut yang membawa paip untuk kegunaan pembuangan sisa pada mulanya ditembak pada jam 06:45 pagi (waktu Jordan.)

Terdapat 7 orang rakyat Malaysia, 2 warga Ireland, 2 warga India dan seorang rakyat Kanada di dalam kapal tersebut.

Menurut kenyataan PGPF, pelayaran MV Finch ini bukan sebahagian dari Freedom Flotilla Two yang dirancang belayar ke Gaza akhir Jun ini.

Kenyataan penuh PGPF berkenaan insiden in boleh dicapai di sini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts