Kapten Freedom Flotilla dihukum penjara 18 bulan

GAZA, 28 Nov 2018 — Mahkamah Zionis di Beersheba semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan ke atas kapten Freedom Flotilla Gaza, Suheil al-Amoudi.

Suheil, 56, dituduh melintas sempadan laut, menyediakan perkhidmatan haram serta berkhidmat untuk Hamas. Beliau didakwa membantu Hamas membeli dua buah bot untuk digunakan dalam kempen Freedom Flotilla yang cuba memecah sekatan Zionis ke atas Gaza.

Suheil dilaporkan menghidap sakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga masalah jantung. Sejak ditahan, pihak penjara Zionis melarang beliau mengambil ubat-ubatan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts