Kartun Walt Disney dan Konspirasi Yahudi???

Wes Penre, tokoh di belakang kebangkitan muzik rock dan heavy metal AS di era 1980an, mantan anggota kelompok pemuja syaitan, yang kemudian bertaubat dan menjadi peneliti dunia hiburan AS, dalam Iluminaty News (4 Julai 2004) beliau menulis sebuah artikel singkat berjudul “The Walt Disney Agenda”

Penre membuka artikel itu dengan kalimat, “Saya menonton filem kelmarin, judulnya “The Haunted Mansion”, dibintangi oleh Eddie Murphy. Filem ini dikeluarkan oleh Disney. Ini bukan sekadar filem syaitan dengan lakonan sukar, ada sesuatu di sebaliknya. Pertanyaan pertama tentang filem ini setelah saya menontonya adalah: Untuk siapa sebenarnya filem ini? Orang-orang dewasa atau kanak-kanak? Jika untuk orang dewasa, filem ini sangat naif, terlalu mudah, dan tidak lucu. Namun jika untuk kanak-kanak, ini adalah filem yang sangat menakutkan. Lalu, untuk siapa sebenarnya Disney membuat filem ini?”

Untuk menjawab semua pertanyaan itu, menurut Penre, kita perlu mengetahui siapa sesungguhnya Walt Disney, apa misi utama perusahaan Disney, untuk apa ia didirikan dan akan digunakan sebagai apa? “Saya sangat menganjurkan anda untuk menyemak baik-baik tulisan Fritz Springmeier’s yang ada di laman www.theforbiddenknowledge.com/hardtruth/thedisneybloodlinep1.htm,” ujar Penre.

Walt Disney merupakan anggota Freemasonry darjat 33, suatu darjat yang tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh tokoh-tokoh Yahudi dan juga anggota Iluminaty. Di sebalik seluruh karektor kartun yang diciptakannya yang tersebar di aneka filem, buku cerita dongeng dan sebagainya, ada agenda tersembunyi iluminaty untuk mempengaruhi dan mindsetting pemikiran anak-anak,” tulis Penre.

Kesemua keluaran Disney mengandungi simbol-simbol Masonik, okultisme, dan juga indoktrinasi mahupun pengendalian alam pemikiran.

“Melalui Disney, mereka telah meracuni pemikiran manusia sejak daripada kanak-kanak lagi agar dapat menerima “The New World Order” suatu saat kelak. Mereka juga memperkenalkan sejak awal kepada anak-anak seluruh dunia apa yang disebut sebagai black-magik, The Sorcery, sebagai jalan keluar yang terbaik. Semaklah terus dengan kritis apa-apa yang disampaikan oleh Springmeier di atas. Anda akan terkejut dibuatnya,” kata Penre yang banyak menulis masalah Iluminaty di dunia hiburan Amerika.

Tanpa anda sedari, anak-anak anda telah hilang ke dalam Disneyland dan diculik oleh perusahaan Disney dan dikorbankan serta diperbudak menjadi agen-agen The New World Order di masa depannya. Hebatnya lagi, Disney mampu melakukan ini semua di kamar-kamar tidur dan kamar-kamar keluarga seluruh keluarga di dunia ini.

“Sekarang kita kembali kepada filem “The Haunted Mansion”. Kami faham, betapa tidak mungkin para orang tua melarang anak-anak menonton filem mini, yang seolah-olah diperuntukkan bagi anak-anak, namun banyak memuatkan unsur-unsur kekerasan, seksualiti dan sejenisnya,” tambahnya.

Wes Penre dan juga Springmeier yakin bahawa ada sesuatu di Disneyland yang selama ini tidak terungkap ke permukaan. “Seorang sahabat mengirim saya sebuah surat beberapa hari yang lalu. Dalam suratnya dia bercerita bahawa dia punya seorang kawan yang baru saja pulang dari Disneyland di Carlifonia. Di suatu tempat di tengah kawasan Disneyland, orang ini masuk dan bersembunyi ke dalam semak-samun untuk sekadar merokok. Tanpa diduga, dari semak-samun itu terlihat sebuah lorong ke dalam tanah. Dia masuk ke dalam dengan hati-hati. Dari dalam tanah dia mendengar suara tangisan anak-anak. Tiba-tiba, sebelum dia masuk lebih dalam, kepalanya diacu pistol oleh petugas keamanan. Dia ditangkap dan diusir dari taman hiburan itu. Anehnya, dia dikawal petugas tersebut hingga masuk ke dalam keretanya dan keluar dari kawasan parking. Dia sampai dari ini terus berfikir, apa yang sebenarnya berada di dalam tanah itu? Anak-anak siapakah yang menangis di dalam ruangan tersembunyi itu?”

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts