Kawasan Khan al-Ahmar dikepung dan ditutup

BAITULMAQDIS, 11 Julai 2018 — Pasukan polis Zionis hari ini menyerbu semula perkampungan Khan al-Ahmar di pinggir Baitulmaqdis Timur dan menutup semua laluan dengan menggunakan bongkah-bongkah simen.

Tentera Zionis menghalang sesiapa sahaja, termasuklah wakil dari Pihak Berkuasa Palestin (PA), memasuki kawasan masyarakat Badwi itu.

Sementara itu, tentera Zionis memaksa para aktivis antarabangsa yang masih berada bersama masyarakat Badwi di situ berkurung dalam sekolah Khan al-Ahmar, serta menghalang mereka keluar ke laluan utama Baitulmaqdis-Jericho.

Pasukan klinik bergerak milik Persatuan Bantuan Perubatan Palestin juga dihalang masuk membantu penduduk.

Rejim Zionis merancang untuk meroboh perkampungan Khan al-Ahmar dan menghalau 190 penduduk Badwi keluar dari kawasan tersebut, bagi memberi laluan kepada perluasan kawasan penempatan haram Kefar Adumim.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts