Keadaan di penjara Nafha semakin tegang

RAMALLAH, 20 Apr 2016 (Maan) — Keadaan di penjara Nafha semakin tegang apabila pihak tentera rejim penjajah menyerang masuk seksyen 4 penjara tersebut dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan mengikat serta memukul para tahanan.

Nafha merupakan pusat tahanan bagi mereka yang dikaitkan dengan pergerakan Hamas dan Jihad Islami.

Persatuan Tahanan Palestin (PSS) melaporkan suasana tegang tercetus sejak minggu lalu apabila rundingan tidak membawa sebarang hasil, di mana pihak penjara enggan memenuhi tuntutan para tahanan.

Menurut PSS lagi, pihak penjara baru-baru ini menutup kesemua enam seksyen penjara Nafha dan mengenakan tekanan ke atas semua tahanan.

18 tahanan di penjara tersebut memulakan mogok lapar sebagai solidariti terhadap tahanan Shukri Khawaja yang sedang melalui mogok lapar dan ditahan secara terasing dalam penjara Ramon sejak beberapa bulan lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts