Kebakaran berlaku di selatan Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 9 Jun 2016 (Maan) — Satu kebakaran berlaku di kawasan Timur al-Quds berdekatan Istana Umayyah di selatan perkarangan Masjid al-Aqsa malam tadi.

Relawan perkhidmatan awam Palestin bagaimanapun berjaya mengawal api, yang dikatakan berpunca dari api rokok yang dibuang di kawasan semak berdekatan. Pasukan perkhidmatan awam turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang kecederaan ke atas para jemaah yang beribadah di musolla Marwani yang berdekatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts