Kebakaran di Utara Israel Semakin Marak, Israel Berperang Dengan Api

Gambar:Hagai Aharon

Haifa, 3 Dis – Kebakaran yang melanda utara Israel semakin merebak. Ribuan warga Haifa diperintahkan untuk meninggalkan rumah, sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh. Pusat  maklumat mangsa yang terkorban dibuka semula untuk pertama kalinya semenjak Perang Lubnan Kedua.

Lebih dari 15,000 penduduk diarahkan mengosongkan rumah mereka pada Khamis malam apabila api besar terus marak utara di Israel . Api terus merebak sehingga Jumaat pagi, dan mula menghampiri pintu masuk ke kampung Druze dari Isfiya serta penjara haram Israel.Pasukan bomba Israel bertungkus lumus memadamkan kebakaran di kedua-dua lokasi. Kebakaran juga menghampiri bandar utara Tirat Karmel. Polis Israel meminta para penduduk untuk tidak kembali ke rumah mereka pada saat ini.

Pada Khamis malam, pegawai di Haifa, bandar ketiga terbesar di Israel, mengarahkan pengosongan kediaman di persekitaran Denia. Gabenor Yona Yahav mengatakan bahawa sekitar 2,500 orang dipindahkan dari rumah mereka dan dihantar ke tempat penempatan sementara di tempat lain di bandar berdekatan.

Sebelum itu juga, sekitar 5,000 warga penduduk di Tirat Karmel diarahkan untuk meninggalkan rumah dan ribuan yang lain dipindahkan ke pelbagai pusat komuniti. Dua buah penjara dan penghuni di hospital sakit jiwa juga dievakuasi kerana bimbang api akan marak ke tempat mereka.

Setidaknya 40 orang pelatih perkhidmatan penjara Israel terbunuh pada Khamis kelmarin, selepas bas mereka terbakar dalam perjalanan ke sebuah misi evakuasi ke Penjara Damon. Tenaga kerja perubatan melalui tugas sukar mengenalpasti korban yang rentung dalam kebakaran terbesar yang melanda utara Israel. Setakat ini Polis Israel baru mengenalpasti 8 orang yang telah terkorban.

Beberapa orang lain cedera dalam kebakaran tersebut, termasuk Ketua Polis Haifa, Ahuva Tomer, yang mengalami kecederaan yang serius.

Sebelumya itu, Perdana Menteri Kerajaan haram Israel telah meminta bantuan pada Greek, Cyprus, Itali dan Rusia untuk mengirimkan pesawat pemadam kebakaran ke lokasi. Kebakaran ini merupakan yang terburuk dan melibatkan kerugian yang besar. Pesawat dari Britain, Greek dan Cyprus telah pun mendarat di Israel pada pagi Jumaat bagi membantu memadamkan kebakaran. (pic/ynet/asy/hac)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts