Kebun petani Palestin musnah akibat latihan tentera

TUBAS, 7 Feb 2018 — Pasukan kereta kebal tentera Zionis pagi tadi berundur dari tanah kebun Palestin di kawasan al-Farisiyya di utara dataran Tebing Barat, selepas menjalankan latihan di situ.

Kawasan kebun seluas hampir satu hektar yang ditanam dengan Hummus itu musnah sama sekali, menyebabkan kerugian kira-kira 12,000 shekel (RM13,450).

Pemilik kebun, Ziad Sawafta, berkata beliau menanam Hummus di atas tanah seluas 2.2 hektar, tetapi tentera Zionis menjalankan latihan dalam kawasan 0.8 hektar di tengah-tengah kebun tersebut, menyebabkan semua tanamannya rosak. Tentera Zionis turut memusnahkan paip saliran air sepanjang 150 meter.

Penduduk Palestin di kawasan tersebut bergantung kepada usaha pertanian dan ternakan sebagai satu-satunya sumber pendapatan untuk menyara keluarga mereka.

Kawasan tersebut kaya dengan tanah yang subur dan sumber air, tetapi tentera Zionis mengganggu mereka dengan menjadikannya sebagai kawasan latihan.

(IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts