Kecacatan bayi di Gaza meningkat

Kejadian kecacatan bayi di Gaza telah meningkat sejak akhir-akhir ini berikutan serangan ke atas gaza oleh rejim pengganas Zionis Israel akhir tahun 2008.

Israel telah menggunakan senjata kimia yang mengadungi fosforus putih dan uraian uranium, iaitu salah satu jenis senjata yang diharamkan penggunaannya oleh pakar-pakar antarabangsa.

Berbagai-bagai jenis kecacatan bayi yang merangkumi kecacatan otak dan jantung telah direkodkan. Laporan ini telah dikeluarkan oleh Dr Mowaiya Hassanen yang merupakan salah seorang pegawai di Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

Jawatankuasa siasatan yang diketuai oleh mantan Hakim Mahkamah Konstitusi Afrika Selatan, Richard Goldstone melaporkan bahawa serangan pengganas Israel ke atas Gaza merupakan satu operasi ketenteraan yang telah dirancang dengan penuh teliti di setiap peringkat pelaksanaanya dan mempunyai tujuan menghukum, mencacatkan dan merosakkan kehidupan orang awam Gaza.

Noha Abu Laban, 37 tahun, seorang penghuni kem Jabalia yang terletak di utara Gaza telah memberitahu bahawa beliau telah menyedut asap fosforus putih ketika serangan, dan beliau telah mengalami pendarahan yang agak teruk ketika mengandung. Beliau bersama-sama lebih dari 20 wanita mengandung telah mengalami pendarahan sewaktu mengandung dan sedang dirawat di Unit Ibu-ibu Mengandung Berisiko Tinggi, Hospital As Syifa di Gaza City.

Ahlam, seorang jururawat neonatal, dan Dr. Jehad Hisain di unit neonatal Hospital As Syifa telah mengesahkan peningkatan kecacatan bayi ini di unit neonatal (unit bayi) di mana ada bayi yang meninggal seminggu selepas dilahirkan akibat dari kecacatan yang serius.

Ramai daripada bayi yang dilahirkan cacat tidak diberikan nama, kerana mereka dikatakan tidak akan dapat bertahan untuk hidup. Salah seorang daripada bayi dilahirkan dalam keadaan saiz kepalanya dua kali ganda saiz badannya, di mana kulitnya berkedut dan diseliputi rambut yang lebat, dan sistem penghadamannya tidak berfungsi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts