Kecemasan & Pelarian

Bantuan Kecemasan bertumpu kepada pasca serangan rejim Zionis ke atas Gaza.

Namun bencana banjir dan musim sejuk pada akhir tahun 2013 menyaksikan rakyat Gaza terpaksa menanggung derita pedih, lebih-lebih lagi ekoran sekatan berterusan dari dunia luar sejak lapan tahun lalu. Keadaan menjadi semakin meruncing apabila rejim General As-Sisi di Mesir memusnahkan ribuan terowong bawah tanah yang selama ini mejadi talian hayat untuk menyalurkan keperluan asas penduduk Gaza. Akibatnya, bekalan asas seperti bahanapi dan ubat-ubatan kehabisan. Kalau ada sekalipun, harga-harga barangan keperluan asas adalah terlalu mahal.

Bantuan kemanusiaan pasca Serangan Hijaratus-Sijjil
Bantuan Banjir dan Musim Sejuk 2013
Qurban ‘Aid Al-Adha

 

Sementara itu pelarian Palestin di Syria terus menjadi mangsa serangan rejim Bassar Asad ke atas kebangkitan rakyatnya sejak tiga tahun lalu. Lebih dua juta menjadi pelarian di negara jiran terutamanya Lubnan, Turki dan Jordan. Lebih separuh daripada mereka adalah kanak-kanak dan wanita. Di samping itu, lebih lima juta lagi terpaksa berhijrah menjadi pelarian di dalam wilayah Syria sendiri. Untuk tujuan membantu pelarian-pelarian ini yang sehagaian besarnya masih terkepung dalam peperangan, Al-Sarraa Foundation melalui relawannya yang gigih membantu di dalam Syria, Lubnan dan sempadan Turki membantu HALUAN menyampaikan bantuan keperluan asas seperti makanan, susu bayi dan pakaian sejuk.

Bantuan pakej makanan untuk Pelarian di Ghouta Syarqiyya dan Ma’dhamiyya Syam.