Ringkasan

Kejayaan Pertahanan Pejuang di Gaza Gusarkan Zionis

GAZA, 20 Nov 2012  –  Ramai menyindir sikap dingin media gergasi antarabangsa barat yang telah cuba play down atau meremehkan kancah pembunuhan zionis di Semenanjung Gaza yang sudah masuk hari keenam dengan lebih seratus kematian orang awam dan lebih 700 cedera parah.

Berkata seorang Inggeris bernama Mary Hughes-Thompson di dalam pesanan twitnya: “Israel doesn’t target kids or pregnant women or doctors or journalists. Israel doesn’t discriminate. Israel is an equal opportunity murderer”. Bermaksud, Israel tidak mensasarkan kanak-kanak atau ibu mengandung atau doktor atau wartawan. Israel tidak mengamalkan diskriminasi. Israel adalah pembunuh sama rata”.

Telah dikatakan bahawa BBC yang berpangkalan di London hanya mula melaporkan secara meluas dan berani mengkritik rejim zionis itu secara berhati-hati setelah salah seorang wartawannya sendiri, Jihad Misharawi, kematian anaknya bernama Omar, 11 bulan, dalam serangan udara zionis.

Media antarabangsa yang rata-ratanya dimiliki dan dikawali oleh kartel zionis antarabangsa telah mencuba sedaya upaya untuk tidak melaporkan kematian mahupun kerosakan ke atas tentera dan rakyat negara haram zionis itu sendiri. Terakhir bilamana pejuang Hamas berjaya menembak jatuh sebuah helikopter canggih Apache kurniaan Amerika di Bait El-Hanoun daerah Gaza utara, salah suatu penempatan subur dan damai yang pernah dilawati oleh pasukan relawan HALUAN sembilan bulan yang lalu dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia. Juga dimusnahkan adalah sebuah bot laju tentera zionis di Lautan Mediterranean yang sudah pastinya mengorbankan jiwa.

Namun sifat yahudi seperti diceritakan oleh Al-Quran dan sirah sememangnya tidak gemar menceritakan musibah yang mereka alami apatah lagi bila berlaku kematian, kecederaan ataupun kerosakan yang teruk. Dalam 24 jam yang lepas, serangan balas roket tentera pejuang Hamas telah mencederakan lebih 40 orang yahudi di negara haram itu, namun ini tidak dilaporkan oleh media gergasi antarabangsa secara meluas.

Yang dilaporkan adalah tentang serangan hebat jet pejuang F16 zionis infak daripada Amerika terhadap perumahan awam di Rafah dan Khan Younis serta penembakan secara membabi buta ke terowongan Rafah berkali-kali. Pada masa yang sama, lima juta rakyat negara zionis itu sendiri berlindung bagaikan tikus tanah di dalam bunker keselamatan ataupun loteng bawah tanah. Tidak pernah dalam tiga tahun sebelum ini rakyat zionis itu terpaksa lari ke dalam tanah. Kelainan perang cetusan zionis kali ini menampakkan kegagahan pejuang Palestin di Gaza yang amat menggerunkan mereka dan juga kuncu-kuncu barat mereka.

Zionis menembak rambang ke arah Gaza bagaikan sebuah funfair ataupun pesta malam. Stadium, perumahan awam, hospital, kompleks kewartawanan, kereta yang sedang bergerak, motorsikal, ambulans dan apa juga yang mereka nampak, hatta tanah perkuburan. Seolah-olah yahudi mabuk tuak dan sudah tidak rasional lagi dalam strategi peperangan.

Dan pejuang Palestin menjemput mereka untuk masuk gelanggang bertarung ke daerah Gaza jika berani. Mana ada yahudi yang berani dalam sejarah peradaban manusia? Mana ada suatu bangsa di mukabumi ini yang sanggup membunuh nabi-nabi utusan Allah kepada mereka kecuali Yahudi hanya kerana mereka ingin menutupkan yang hak dan menegakkan kebathilan?

Namun dalam kekalutan jihad ini, para pejuang Palestin tetap tabah bertahan dan membalas balik tanpa tanda akan menyerah kalah atau menerima gencatan senjata seperti yang diidamkan zionis. Zionis hairan besar kali ini kerana kerajaan Gaza enggan berundur mahupun berunding. Lebih menakutkan lagi mereka sudahpun memberikan amaran dan bukti nyata yang mereka mampu tembak tepat ke Tel Aviv, ibukota Israel, yang tidak pernah dilakukan sejak 20 tahun lalu. Malah roket mereka mencecah hingga ke Ramalah lebih jauh ke utara di Tebing Barat.

Roket Briged Al-Qassam juga mensasarkan dengan tepat ke salah sebuah lapangan terbang antarabangsa di Israel sehingga terpaksa ditutup.  Ekonomi Israel terjejas teruk. Industri perlancongan mereka tidak lagi mendapat perhatian. Dua lagi roket pejuang Palestin mengenai dengan tepat sebuah markas tentera Israel di Gaza Selatan berdekatan pintu Rafah di Mesir. Ini semua tidak pernah terjadi, dan berada di luar perkiraan zionis semasa mereka berkomplot untuk memerangi Palestin di Gaza.

Lima roket pejuang juga membedil wilayah Majdal dalam Israel. Kebanyakan roket pejuang Al-Qassam membedil dengan tepat ke arah penempatan strategik tentera. Namun tembakan roket Israel ke Gaza pula dengan sengaja mensasarkan orang awam, terutamanya wanita, kanak-kanak, warga emas, tanah pertanian dan kebun, tanah perkuburan sehingga tersembur keluar tulang-belulang mayat-mayat, wartawan serta para petani yang keluar mencari rezeki halal. Zionis memberi amaran untuk menembak penduduk Gaza yang berada di luar rumah. Namun hakikatnya, mereka terus membedil rumah-rumah awam, mengorbankan seisi keluarga.

Hampir  60 peratus yang syahid adalah kanak-kanak. Sebahagian mangsa telah dikejarkan ke Mesir kerana hospital di Gaza dan ubat-ubatannya tidak lagi dapat menampung mangsa yang semakin ramai. Sejak dua hari lepas, semakin ramai para relawan doktor dan paramedik dari Mesir, Turki dan negara-negara Arab telah memasuki Gaza untuk membantu menandakan solidariti yang semakin mantap di dalam perjuangan membebaskan Palestin daripada cengkeman zionis. Lawatan rasmi oleh menteri-menteri seperti daripada Tunisia dan Mesir membuat zionis ketar. Sokongan golongan bukan Muslim terhadap Hamas yang semakin meningkat seperti terpampang di media sosial amat memeningkan kepala juak-juak zionis di Tel Aviv, Washington dan London.

Dikatakan wilayah Telil Rabi dekat Tel Aviv lumpuh terus selepas diserang Hamas dengan roket. Ini tidak pernah diduga sama sekali oleh zionis. Menyedari kemampuan luar biasa pejuang Palestin yang mampu bertahan dan menyerang balas serta kejatuhan semangat pasukan tentera zionis sendiri yang disulami kecaman hebat di dalam negaranya sendiri, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah memohon agar Kesatuan Eropah dan Mesir mengantarakan gencatan senjata akan tetapi telah ditolak oleh Hamas. Keadaan sebegini juga tidak pernah terjadi di mana di masa lepas, Hamas ternanti-nanti peluang gencatan senjata untuk memulihkan keadaan dalamannya. Kenapa ada kelainan kali ini? Kenapa Hamas semakin berani dan yakin?

Kelainan sebegini semakin menjadi igauan ngeri kepada zionis dan negara Israel. Sebab itu mereka kini menembak membuta tuli bagaikan seorang yang buta cuba mempertahankan dirinya. Ya, Israel memang buta. Buta hati. Terhadap hak kemanusiaan, dan terhadap asuhan dan bujukan Allah SWT kepada mereka dalam Talmud dan dalam Al-Quran selepas itu. Zionis tidak pernah mengambil iktibar, bahawa kekalahan akhirnya menanti mereka biar apa pun jua yang mereka telah dan bakal lakukan.

————

Laporan mediaHALUAN dengan sebahagian bahan ulasan disediakan oleh Abdillah Onim, wakil mediaHALUAN di Bandar Gaza juga relawan MER-C Indonesia.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts