QALQILYA, 4 Apr 2018 — Rejim Zionis telah menyiapkan sepenuhnya pembinaan Tembok Pemisah yang mengepung kejiranan Azzoun di selatan kota Qalqilya, Tebing Barat.

Tembok Pemisah di kejiranan tersebut mula dibina pada tahun 2002. Tembok yang dirujuk oleh aktivis antarabangsa sebagai “Tembok Aparthied” itu memisahkan Azzoun sepenuhnya dari dunia luar. Tentera Zionis membuka pagar-pagar laluan hanya selama 20 minit sebanyak tiga kali sehari.

Tembok mengelilingi Azzoun dibina sepanjang tujuh kilometer, dengan tapaknya selebar dari 50 hingga 70 meter. Ia dibina di atas 500 ekar tanah penduduk Palestin yang dirampas.

(MEMO)

SHARE