Kelab Kereta Lama Turut Bantu Rakyat Gaza

kkl-02BANDAR BARU BANGI, 6 Dis 2012 — Kempen Kutipan Kecemasan Palestin yang anjurkan oleh HALUAN Malaysia terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat merangkumi NGO, persatuan, kelab, syarikat swasta dan juga orang perseorangan. Antara kelab yang prihatin dengan kempen ini adalah Kelab Kereta Lama (KKL).

Ibu pejabat HALUAN telah dikunjungi oleh dua orang wakil KKL yang diketuai oleh En Hijaz bagi menyerahkan sumbangan berkenaan. Kunjungan mereka telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi HALUAN, Wan Abdullah Sabary Wan Harun. Ketika menyerahkan sumbangan, En Hijaz turut mengalu-alukan pihak HALUAN untuk melakukan lawatan ke KKL. Menurut En Hijaz, KKL adalah berbeza daripada Kelab Kereta Antik di mana mereka mempunyai keunikan tersendiri sebagai sebuah komuniti, bukan sekadar sebuah kelab. Komuniti KKL kini telah mencecah ribuan orang.

Keprihatinan beliau dan rakan-rakan dalam KKL jelas menunjukkan bahawa setiap lapisan masyarakat begitu prihatin dengan keperitan yang dilalui oleh mangsa-mangsa keganasan tentera Zionis di Gaza.

Alhamdulillah, usaha murni komuniti KKL telah berjaya mengumpul dana bantuan untuk rakyat Gaza sebanyak RM 1,270.00. Semoga usaha golongan muda ini dapat dicontohi dan diteruskan lagi. HALUAN sebagai NGO yang memikul amanah para dermawan untuk rakyat Gaza ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada KKL. Semoga Allah merahmati seluruh komuniti KKL.

Mereka yang ingin turut menyumbang melalui kempen Kutipan Kecemasan Palestin ini bolehlah berbuat demikian di akaun “Tabung Palestin HALUAN” di BIMB 1402–30100–342–92 atau Maybank 5644-9020-8528.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian 019-218 7861 atau 013 282 0731.

“Bersatu Untuk Palestin”

kkl-03
Hijaz (tengah) menyerahkan sumbangan kepada Wan Abdullah Sabary (kanan).
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts