Keluarga Omar al-Abed dituduh bersubahat membunuh pendatang Yahudi

AL-QUDS, 15 Ogos 2017 — Pihak perisikan Zionis hari ini menuduh lima ahli keluarga Omar al-Abed bersubahat dalam insiden menikam dan membunuh tiga orang pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Halamish 21hb Julai lalu.

Ibu dan bapa Omar serta dua abang dan seorang bapa saudaranya dituduh telah maklum tentang rancangan serangan tersebut tetapi tidak mengambil sebarang langkah untuk menyekat.

Fail pertuduhan akan diserah kepada mahkamah tentera Zionis di Ofer.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts