Keluarga Palestin di Tubas dihalau keluar lagi untuk latihan tentera

TUBAS, 30 Nov 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis malam tadi mengarahkan lebih 10 keluarga Palestin di perkampungan ar-Ras al-Ahmar keluar dari rumah mereka sepanjang tiga hari pada minggu hadapan, untuk membolehkan mereka menjalankan di situ.

Penduduk diarah meninggalkan rumah mereka dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis minggu hadapan.

Kenderaan berat tentera telah dikerahkan ke kawasan tersebut, di mana tentera membina tempat penginapan, kubu dan laluan di atas kawasan kebun-kebun penduduk.

Penduduk telah dihalau keluar atau tujuan yang sama dua minggu lalu. Latihan tentera menyebabkan kerosakan harta, tanaman dan ternakan penduduk serta kemudahan awam seperti jalanraya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts